Tuesday, September 8, 2009

Saturday, August 8, 2009

sikit-sikit lame2 jadi banyak

Sikit-sikit lame-lame jadi bukit. Kate orang tua dulu-dulu. tapi kalau kita renungkan kembali peribahasa ini, banyak yang kita bole dapat. selalunya peribahasa ni digunakan untuk menggalakkan orang supaya menyimpan duit.

saya ingat lagi semasa di sekolah rendah. dulu dapat duit belanja rm1 je, sekolah pagi petang. tp waktu tu mkanan murah, sekarang x dapek nak tolong, mahal giler makanan. tp adat r, dunia makin maju, makin ke depan, makin banyak pembangunan dan pemodenan yang berlaku. dan inilah harga yang kita perlu bayar. harga barang naik. ok back to biznes. dulu dapat r simpan duit, sehari sekupang ke 2 kupang dalam tabung buluh (tabung buluh xleh buka, so x dapat la kuar duit ;-P). selalunya akhr tahun baru ibu bg pecahkan tabung. waktu tula kita dapat tgk hasil. banyak tak?banyak... begitulah maksud orang tua dulu-dulu, usaha yang sedikit pasti membuahkan hasil, dan untuk memperolehi hasil tu, bukanlah memerlukan masa yang singkat. kita tgk Tanah Melayu kita. berapa ratus tahun sejak kedatangan british, portugal, belanda di Tanah Melayu barulah kita mencapai kemerdekaan.

jadi usahla kita tunggu bulan jatuh ke riba tanpa membuat apa2. sentiasa tanamkan dalam diri untuk melakukan sedikit usaha hari demi hari walaupun kesudahan nya x pasti. Ingatlah, apa yang kita tanam itu yang kita semai. usaha bukan tangga kejayaan. usaha adlah kejayaan. dunia bukan sebuah kesudahan.